Assalamualaikum, Selamat Datang ke JUBAH @ DUBAI Muslim House.
Kami menawarkan koleksi pakaian Wanita dari Dubai. Pakaian yang dipamerkan tidak mengikut bentuk badan .
Jubah ini diuruskan oleh saya, Pn.Shasha dan juga dibantu oleh suami saya, En.Shahar yang juga menguruskan Caaz services Travel http://caaztravel.blogspot.com/
Semua pakaian yang dipamerkan adalah stock tersedia kecuali jika dinyatakan sebaliknya.Tempahan JUBAH EXCLUSIF juga diterima untuk tempahan Perkhawinan atau Urusan Rasmi.TEMPAHAN min 1 bulan.Urusan pos dilakukan dari rumah kami di Gombak Selangor.
SYARAT PEMBELIAN -Booking hanya dibenarkan kepada pelanggan yang "genuine" sahaja. Kami berhak untuk meminta bayaran deposit bergantung kepada budi bicara. - Barang akan hanya dipos setelah mendapat pengesahan bayaran yang secukupnya seperti yang dipersetujui - Barang yang telah dijual dan disepakati tidak boleh dipulangkan sila maklumkan kepada saya dalam masa 2 hari selepas barang tersebut sampai.KECUALI Kuala Lumpur penghantaran percuma dengan pembelian 3 pasang jubah dan lebih.
PENGIRIMAN- Pengiriman akan dilakukan setelah pengesahan bayaran telah diterima. Dalam keadaan normal, barangan akan dipos keesokan harinya. - Kami menggunakan khidmat Pos Laju. Dalam keadaan normal, barangan akan sampai sehari selepas urusan pos selesai (bergantung pada tempat) - Kos pengiriman adalah bergantung pada BERAT kesemua barangan - Kos pengiriman tidak termasuk kos pembelian. - Kami tidak akan bertanggungjawab keatas kerosakan/kehilangan barangan semasa urusan pos dilakukan.
Untuk 500g PertamaSemenanjung = RM8Sarawak = RM10Sabah = RM9malaysia Untuk pembelian jubah-jubah, kami akan memberikan kadar pos berbeza mengikut berat jubah2 tersebut.
PEMBAYARAN Semua pembayaran hendaklah dimaklumkan kepada kami (terutama SELEPAS pembayaran dibuat)
Sila nyatakan: Nama & nick anda Detail transaksi anda Jumlah bayaran & bank yg dibayar Alamat barang tersebut hendak dipos No H/P untuk urusan pos
Terima Kasih atas sokongan anda & harapan kami agar anda berpuas hati dengan barangan yang kami tawarkan.
Polisi Pertukaran Barangan Semua barangan yg dibeli boleh ditukar dengan kondisi berikut: 1- Barangan yg defect (koyak/kotor/jahitan tidak sempurna)Kami akan tanggung sepenuhnya kos pos return barangan & kos pos semula kepada anda. 2- Salah sizePertukaran/refund dibolehkan.tetapi kos pos ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan (i.e poslaju return kpd kami & poslaju barangan yg baru kpd pelanggan)